Wednesday, 9 May 2012

Cikgu Linda


Assalamualaikum..
saya cikgu Linda berasal dari Kelantan... sekarang tinggal di Sg Buloh... dan sedang mengikuti kursus Diploma Pendidikan di UPSI, Tanjung Malim, Perak. Bersama saya dalam mengenali dan membuat baju kurung sendiri tanpa menghantar ke kedai jahitan. Best tau kawan-kawan jika kita memakai baju yang dijahit sendiri.

Jadi, apa tunggu lagi, jom layari blog kami ini dengan segera dan ketahui cara-cara menjahit baju sendiri..

Wassalam...peace yo

Hai...


Kami cikgu-cekgi UPSI. Jom sertai kami. Jimatkan pulus anda dengan
'
Do It Your Self''

mengapa perlu menjahit?

Jimatkan Wang Ringgit Dan Jana Pendapatan Tambahan Dengan Mempelajari Ilmu Asas Menjahit!

Perhatian: Tidakkah terdetik dalam fikiran anda untuk mempelajari asas-asas menjahit?

Ilmu menjahit merupakan satu ilmu yang datangnya sejak dari turun-temurun. Bermula daripada nenek moyang kita dari zaman dulu kala, hinggalah kepada ibu bapa kita; ilmu ini langsung tidak hilang bahkan telah menjadi satu sumber pendapatan bagi sesebuah keluarga.

Namun begitu, pada zaman sekarang; ramai yang menyangkakan bahawa ilmu ini merupakan satu ilmu yang remeh. Akhirnya, semakin kurang yang mengetahui cara-cara sebenar dalam menjahit. Jika ilmu ini di anggap sebagai satu ilmu yang remeh, mengapa perlu anda berjumpa dengan tukang jahit setiap tahun hanya untuk menjahit sehelai baju untuk diri anda?

Kesannya, TUKANG JAHIT merupakan salah seorang yang sangat di perlukan di akhir pertikaian. Cuba anda bayangkan, tidakkah sebenarnya anda dapat menjimatkan wang anda sebanyak ratusan ringgit jika anda mempelajari ilmu ini? dan tidakkah anda dapat mencuri peluang ini dengan sebaliknya membuat ribuan ringgit setiap tahun, juga dengan mempelajari ilmu asas-asas menjahit? Cuba anda fikirkan...

Adakah perkara-perkara ini sedang bermain dalam fikiran anda?:

  • Bercadang ingin menjimatkan wang terutamanya pada musim perayaan dengan menjahit sendiri baju keluarga anda?
  • Ingin menambahkan pendapatkan keluarga anda dengan mengambil upah menjahit baju, seluar dan sebagainya?
  • Baru berumah tangga dan ingin mengambil hati suami anda dengan menunjukkan anda mempunyai ilmu-ilmu menjahit?
  • Ingin menjadikan kerja-kerja menjahit sebagai satu hobi untuk mengisi masa lapang anda?

Atas tujuan apa sekalipun, anda perlu mengambil langkah dengan mempelajari asas-asas menjahit dengan teknik-teknik yang sebenar!

INILAH BAJU KURUNG YANG DIHASILKAN

Home